jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Memaparkan catatan dengan label lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lain-lain. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mac 2013

Yeyy, Akhirnya Aku Muncul Dgn Promosi Kek Kahwin!!

Assalamualaikum, lamanya xupdate blog.. xcukup masa.. pastu malas nk "bertengkar" dgn broadband pon satu hal.. hihi.. tengoklah, gambar2 kek pon dah lama xupload kat sini.. tapi boleh tengok at my page di fb Tempahan Kek Kuih Setiu.. yg terbaru semua ada kat situ..



Sempena dgn bulan ni yang ramai nak kahwin tu, Ayu ada  buat promosi.. dgn setiap tempahan kek kahwin yang bernilai rm200 ke atas akan diberi percuma sebiji kek sponge nak pilih perisa apa pon boleh, diselaputi fresh cream n dihias dgn munge2 gitu.. kek tu boleh lah dibuat kek hantaran.. nak bunga roses pon boleh.. ok, jom2 order sebelum full booked.. ngeeeee

Sabtu, 3 November 2012

Sape Tahu Soalan Temuduga Guru Kafa?? pleaseee..

Assalamulaikum.. wah sopannya harini, mentang-mentanglah dah isi borang guru Kafa.. aduh, pening jugak nih.. dah lama tinggalkan dunia sekolah, tersumbat dah urat saraf nak menghafal.. hehe.. waduh, ni Ayu nak mintak tolong sikit, ada tak kawan2 yang terjerumus menjadi guru Kafa?? hihi.. Ayu nak tahu soalan apa yang diorang tanya time interview nanti..

pleaseeeeeee tolong daku yer kawan2... huhu..

Sabtu, 20 Oktober 2012

Blogku Dah Ada Sitelink di Google

Alhamdulillah.. tadi saje jer taip Dapur Riuh Ibu kat google.. bila search je terus keluar cam ni.. erk, dulu xtahu pon apa fungsi ni.. tapi haritu ada terbaca (kat blog sape yer lupa lak).. dia ada menceritakan yg blog nya jadi macam kat bawah ni jugak... alhamdulillah ni kira blog ku dah menonjol sikit.. kat bawah ni, saya copy paste jer, tak pandai nak print screen.. hehe.. sape yg boleh ceritakan lebih lanjut pasal benda ni, boleh la share kat sini....



Dapur Riuh Ibu.................

mummyncakes.blogspot.com/ - Translate this pageShare
tempahan kek & kuih muih kampung sungai kayu ara, petaling jaya.
You've visited this page many times. Last visit: 9/19/12

SULAMAN CRUMBLE

nih saya nak masukkan gambar sulaman crumble yang baru ...

Ibu, tak boleh makan ubat ...

(sambil kitorang gelak). ekekeke.. inilah dialog antara Ayu dan ...

TEMPAHAN KEK KARAMEL ...

Foto Saya · Ayu: kg sg kayu ara,petaling jaya, selangor ...

Tolonggggggggggggg.......

Tolonggggggggggggg....... hari ni dengan rasminya dah pon ...

Giveaway By Izwan

Tadi terserempak dengan entry pasal Giveaway by Izwan ni ...

Oktober 2012

tempahan kek & kuih muih kampung sungai kayu ara ...
More results from blogspot.com »

Isnin, 1 Oktober 2012

Tolonggggggggggggg.......

hari ni dengan rasminya dah pon membuat halaman baru di facebook untuk tempahan kek.. senang kerja sikit... nak ambik oder atau nak jawap soalan bagai... hehe.. so nak mintak tolong korang 'like'2 la sikit... kuikuikui(dengan perasaan rendah diri dan malu-malu).. link kat bawah ni... kat tepi blog ni pon ado... :-)


Halaman · 10 menyukai ini
1 daripada 1Pilih Gambar Kecil

Bersila Kat Dalam Tesco Untuk Breastfeed Baby??

Assalamualaikum...... tengok tajuk post tu, mesti orang laki tak nak baca.. iyye ke tak? haha.. korang yang bergelar suami kena baca untuk sedikit pengetahuan... ha!! kalau korang yang selalu gi shopping kat tesco mutiara Damansara mesti dah tahu, yang diorang baru siap buat renovation besar-besaran...

Apa kaitan dengan Ayu lak?? hihi, xde kaitan pon, sebenarnya nak cerita (pd yang belum tahu)... Sekarang memang cantik dan sangat banyak kemudahan yang di naik taraf...yang paling Ayu suka, ada tempat menyusu baby.. maklumlah kita ni breasfeed... so, takkan nak bersila dalam Tesco, pastu selak baju untuk menyusu baby.. haha.. tak mungkin, tak mungkin..

so, pada ibu-ibu tu, xpayah pening-pening dan terkejar dah.. boleh shopping dengan tenang dan gembira... yang tak gembira adalah En Suami... muahahahaha....

Ahad, 9 September 2012

Dapur Riuh Ibu nak buat Giveaway??

malam semua... huihhh... tengok tajuk tu macam geram jer.. betul ke  DRI nak buat GA??????? kalau buat confirm ramai yang tak tahu.. haha... nak buat macam mana, follower pon kurang dari 50 orang... maklumlah, saya tak pandai nak promote tau, huh!! that's my problem.


Niat nak buat tu memang ada, tersangat3x teringin nak buat..... kalau boleh hadiah tu nak buat dari hasil tangan saya sendiri.. contohnya, tudung bersulam manik ke...kek sebiji ke... huhu kenyang la mak oiiii... tapi kalau hadiah lain pon best gak kan...

so, sesape yang terasa nak komen dan bagi cadangan dialu-alukan.... InsyaAllah, nanti ada rezeki, DRI akan buat GA... Nak kena kumpul follower ramai2 dulu, baru seronok... hehehe...

ISTIMEWA

Assalamualaikum

hari ni adalah hari istimewa bagi saya sebenarnya... tapi belum buat apa2, ingatnya kejap lagi nak gi adun la kek sebiji untuk menyambutnya... alhamdulillah..Allah masih memberi peluang untuk menyambutnya... okey tinggalkan yang tu dulu... harini dah masuk hari ke 22 syawal kan... mesti ramai yang rancak buat rumah terbuka.. sana sini situ.. tempat kerja en suami pon ada nak buat sambutan hari raya, so diorang awal2 dah pesan nak mintak buatkan kek untuk sambutan tu nanti... bila nak buat pon xtahu lagi... kat sekolah anak pon ada sambutan hari raya, esok lak tu.. ingat nak buatkan juga kek untuk dibawa... nak buat kek apa pon tak tahu.. jenuh dah duk pikir ni... kek coklat lah kan, budak2 suka.. huhu... 

okey dah le tu membebel tak tentu pasal, banyak kerja lagi nak kena buat... nak kena 'berasapkan' oven... pastu 'berasapkan' dapur lak.. pukul 12 en suami balik makan... saya tinggalkan secebis ayat ini untuk renungan...



Maksudnya: ".....dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu". (QS. At Talaq: 2-3) 

Rabu, 8 Ogos 2012

SINGGAH SEDETIK

salam ramadhan al mubarak semua...dah x lama nak habis dah ramadhan, syawal pulak yang akan menjelma...sekejap je kan.. pejam celik-pejam celik je... baju sulaman manik masih banyak...hmmm, sekali kastemer tengok crumble kat baju mak saya, terus diorang suruh buatkan jugak... emak saudara pon sama, dengan mak, dan 2 orang anaknya sekali nak di sulamkan sama serangkai...hehe...

okey tu je lah yang sempat di updatekan utk hari ni.. huh...aku sibuk, sibuk, sibuk...kalu free sekejap tu, hanya masa untuk melayan si kecik dan buat kerja rumah je.. e, eh...alolo, nak mengadu nih, semalam gi tesco mutiara damansara, ingatkan nak shopping baju raya, tengok apa pon xde..sebab diorang masih lagi buat renovation kan... jadi, tempatnya pon tak terurus je...nak pilih barang pon tak selesa... jadi, sempatlah beli baju anak2 jer...2 pasang sorang..tu pon rasa tak puas hati, sebab tak cantik sangat...huhu..balik kampung, shopping sana pulak...okey, babai alls..

Sabtu, 28 Julai 2012

SO SAD..

Ya Allah...tension sesangat hari ni.....x tahulah kenapa. terlalu banyak duk memendam rasa dalam hati..  i'm so sad.. xde hati nak menaip sekarang..just xnak bagi blog terbengkalai..

Khamis, 26 Julai 2012

BACKGROUND BLOG...

cantik x background blog saya?? cantik kan...(mood suka n perasan membuak2)..muahaha... akhirnya saya berjaya buat...sebelum ni, saya buat x jadi...nak tau jadi macam mana?? bila saya ambik mana2 imej untuk buat background...ia akan jadi banyak, banyak, banyak...gambar tu kecil2... rupanya salah buat....saya dapat tutorial dari mana entah, lupa dah, dia ajar cam tu...iaitu, right click mouse, n save image as...puas di buat tapi xjadi mc kawan blogger lain...

okey, saya korek sana, korek sini, akhirnya saya baru tahu...rupanya, mula2 klik kat imej yang kita nak, lepas tu ia akan bagi kod untuk kita masukkan kat html/javascript... lepas tu save...taraaaaa dah pon jadi....hihihi....


Khamis, 19 Julai 2012

NOSTALGIA DEMAM DENGGI...

salam malam semua... dah dengar ke pengisytiharan puasa tadi?? hari sabtu ni kompom puasa k.. jangan la ada lak yg kata x tahu..hehe...nanti xpasal2 kena tangkap kat 'penangkap'...malu korang nanti...

dah nak puasa nanti kesihatan kenalah jaga, baru boleh beribadat dengan sempurna.. ni nak cerita sikit pasal demam denggi, demam yang x pernah lekang dek panas, xlapuk dek hujan..huaaaaa... owh, saya pernah kena okey...korang tahu xtanda2 dia?? kalau xtahu meh sini nak cerita pengalaman saya...

okey, mula kena tu, saya demam, xlarat nak bangun...macam kritikal lah..diiringi dengan cirit birit dan muntah2 yang sangat teruk...sampai lemah badan, sebab kita dah la xselera nak makan lansung, air pon xnak..kalau makan juga, buang terus la jawabnya...so, saya pon gi klinik, doktor cek badan dia kata demam biasa jer.. pastu dia cek perut, kot2 mengandung..saya kata, saya baru je habis period doktor....doktor pon bagi ubat demam je lah..xsuspect lansung kena denggi masa tu...

bila dah balik tu, makan ubat demam xjadi apa pon.. 5hari jugak mcm tu..makin teruk..pastu gi klinik lain pulak..doktor ni terus suspect denggi, dia ambik darah, esok baru ambik result..dan memang ada denggi lah...kat tangan tu bintik2 merah dah mula timbul..terus referhospital klang...wah!!! dia punya (saya xingat apa nak sebut perkataan ni) telur nyamuk (betul ke x?) tinggi jugak..bila dah rujuk sana, nurse hampir2 nak tahan wad dah, tapi saya tolak sbb masih breastfeeding anak(1thn stngah)...dia kata okey, sbb point tu lebih 1 jer...sbb tu dia masih boleh benarkan saya buat mcm tu...dengan syarat saya kena gi klinik berdekatan utk ambik darah tiap2 hari..

saya rujuk kat klinik pandamaran...nurse kat sana nasihatkan saya, paksa diri tu makan, minum air banyak2...tu jer penawarnya..pastu dia pesan minum air 100plus..sebab denggi ni xde ubat.. alhamdulillah, makin hari, makin turun telur nyamuk tu...tapi satu jer, disebabkan saya menyusukan anak, jadi, telur nyamuk tu masuk jg la kat darah dia, tapi sangat sedikit kuantitinya tu...alhamdulillah semua dugaan tu blh di jadikan panduan kemudian hari..

Selasa, 17 Julai 2012

PERKAHWINAN ADIK LELAKI DAN PEREMPUAN...

assalamualaikum fren2 semua..hola2..semalam xde entry, tp blog tetap I check U know..haha..just intai2 dan jadi follower blogger lain..sesambil nak cari tutorial pasal nak tukar header yang comel sikit...jelek lah headerku ini, xmemuaskan hati..tapi ku masih kefeningan dengan cara2nya tu..ngehngeh..

okey, harini saje2 nak menghangatkan kembali kisah2 disekitar majlis pernikahan adik lelaki dan perempuan saya


 ni moist chocolate cake untuk doorgift, saya buat khas untuk adik2 kesayangan ni...xde upah pon butttt, diorang beli sendiri bahan2 kek tu okey..siap buat kek ni dalm pukul 4 pagi, penat xterkata lah weiii, 700m biji semua..belum masuk yang saiz besar2 tu utk hidang kat tukang masak makan, dalm 5 biji rasanya...esoknye nak kena bangun awal2 sebab kenduri adik perempuan dan sekaligus menyambut menantu perempuan.. 2 majlis serentak,,  mak yang datang kejutkan pepagi tu..katanya lauk pengantin xmasak lagi..lorrr, habis sape yang nak masak...kakyu(saya lah tu) lah masakkan.. HAH!!!


 sudah, aku nak masak ape ni...nak pikir xboleh dah, dangan riuh rendah suara orang2 kampung datang duk memasak kat dapur ni, mati akal dibuatnye...hentam je lah labu...saya masak ikan 3 rasa, ayam masak lada hitam, pastu udang goreng celup tepung di cucuk kat nenas..goreng ayam sikit, dan dihidang bersama lauk2 yang dimasak kawah(lauk tetamu)... bila dah settle majlis, pengantin tanye, sape yang masak lauk tadi?? sedap katenye...pastu, kebetulan ayam masak lada hitam tu saya masak banyak, so kitorang sedara mara yang kepenatan dan belum makan lagi, melantaklah....(kitorang kuat makan hehe..)...tiba2, pak sedara tanya, sape yang masak ayam ni??(dia suka tanya dengan nada suspen,mcm ada kesalahan jer)...saya masak, nape pakcik??..sedap lauk ni..hehe...terus rasa hilang penat ku perhempas pulas tadi..


 ni majlis persandingan kat rumah pihak perempuan setelah selesai majlis akad nikah.. cantik kan??... kek tu, mak sedara yang buatkan.. kalau sape2 yang nak kahwin, blh oder dengan dia...area setiu dan besut je kot... sedap kek dia, xmuak..


ni majlis persandingan pihak perempuan kat rumah kitorang lah yer..kek ni pun, mak sedara yang buatkan..nampak x, pengantin tu dua2 malu...sebabbbb..diorang xsempat bercinta...dijodohkan oleh keluarga...


bila nampak pedang ni terus anti tau..nak tahu kenapa?? sebab dah lama tunggu nak tengok orang berarak bawah pedang...nak dijadikan cerita, saya tengah sibuk hidang lauk2 kt meja pengantin masa tu, cepat2 saya berlari turun ke bawah nak tengok perarakan tu, tengok2 semua orang dah bersurai...huaaaaa..sedih..

okey tu je lah bebelanku kali ni...semoga adik2 ku kekal bahagia selamanya....dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang ramai...hihi..amin...

Jumaat, 13 Julai 2012

PROMOTE BAJU KAWIN SIKIT...

selamat pagi semuaaaaa..... wah wah wah....malam tadi tidor sorang2, sbb en suami kena kerja....huhu...sekali dalam setahun je lah, kerja mcm dia ni, gitulah, nk buat mcm mana kan... baby lak meragam je malam tadi, mungkin dia tahu abah dia xde, menangis je..ingatkan nak siapkan jahit manik kat baju yang orang tempah tu, masih banyak lagi...xdapatlah...

hmmm.. ade sapa2 yg nak kawin x lama lg tak? dah ada baju untuk akad nikah dan sanding? kalau belum ada, dan juga malas nak tempah jahit....blh jer tengok2 kat blog chikyaa ni, ada baju kawin yang dia nak sewakan, tengoklah, kot2 berkenan.. dua2 baju tu serius cantik, tapi body pon biarlah solid cam dia gak kan...hehe..tengok je baju tu kat sini.

okeylah, nak gi jahit manik jap, nanti menangis la diorang di pagi raya kalau xsiap, hehe...jangan marah...babaiii...

Selasa, 10 Julai 2012

BUKU MASAK-MASAK

slmt petang semua... kali ni saje je nk masukkan gambar buku2 masakan yg ada dlm simpanan saya... tadi masa duk tercari2 buku resepi, terjumpalh dgn buku2 lama masa belajar dulu...jgn la gelak pulak kalau korang tengok yg first ni... hihi..


 sudah mula mereput nk ditelan bumi dah...ni buku catatan time dlm kelas, jd tulisan pon hancur jg la..bila habis time belajar baru salin dlm buku catatan yg elok...tp buku ni bnyk jasa pd kawan2 jg, sbb diorang ramai yg x sempat salin punya..

 ni satu2nya buku teks masa bljr dulu.. ada x sape2 kat sini yg belajar bidang bakeri/ kulinari/ pastri ada buku mcm ni??

 beberape buku-buku yg saya beli.... banyak jasa 'diorang' pada periuk nasi saya...buku yg paling saya suka, HIDANGAN KEK (ke2 dr kanan)...resepinya elok..

yang ni pulak resepi ats kertas comot..hehe..ni kenangan praktikal masa kat hotel di Langkawi... mcm ni, setiap kali chef bg arahan suruh buat sesuatu sprti kek atau roti, saya akan salin ats kertas mcm ni dulu....barulah start membaking..

okey, tu je..ni saje je suka2 nk masukkan.....hehe..



CORET-CORET..

salam pagi semua... harini baru berkesempatan nak taip ayat2 'sebiji dua'..hehe... malam td pon ada buka blog tp duk menggoogle sana menggoogle sini, cari apa yg patut...nak masukkan entry resepi pon xsempat lg...td baru je tukar bacground, ambik kat SINI... tapi yg tukang bagi link ni, si cantik ni... thanks ye..

dah tukar background pon pink jugak, hehe... sebenarnya saya xsuka pink sblm ni dari zaman2 sklh rendah lg, tp sejak mengandungkan baby girl tahun lepas sampai baby dah pon keluar sekarang, ha sejak tu lah saya tergilakan MERAH JAMBU ni... dah duk bercerita pasal mengandung ni, nk tanya sikit, ada x ibu2 kat sini mengalami perasaan yg sama dengan saya..mcm ni... setiap kali saya mengandung, saya akan mempunyai naluri yg kuat pd jantina baby..contoh masa mengandung anak pertama, saya asyik duk fikir nama anak lelaki, asyik cari baju baby lelaki..bila lahir memang lelaki...dan bila mengandung yg kedua, saya asyik fikir nama baby girl, asyik cari baju girl yg pink2 je...dan lahir mmg girl, tp masa scan doktor cina tu xboleh nampak jelas jantina dia, saya kata baby saya girl tu doktor...hehe..doktor seyum je...

ok lah, sampai sini dulu ye, nk kena 'BERASAPKAN' dapur dulu...haha...kalau ada ibu2 yg nk komen, silakan..sama2 kongsi pendapat...k bye..

Ahad, 8 Julai 2012

TERIMA KASIH BEN ASHAARI

salam semua... aduh penatnya seharian keletihan duk mengadap oven... tp alhamdulillah sbb dah settle kerja kecilku... walaupun penat tetap nak buka blog kesayangan ni juga, sbb fb ku sudah buat perangai mengada2.. entah apa masalh xdapat buka ( biarkan dia...kehkehkeh)....

bila buka jer blog, terus rasa seronok sbb kawan2 dah bertambah..xdelah jd blog yg BERPUAKA.....hehe.takut keeee?? sebenarnya yg lebih rasa seronok tu sbb blogger yg terkenal BEN ASHAARI sudi jd follower saya.ben siap buat enry kha utk kami 5 orang yg bertuah..blh tengok sini.terima kasih sekali lg pd semua sekali...

okey, dah la merapu, xlarat nk menaip dah ni pon... selamat malam semua..

Rabu, 4 Julai 2012

RED VELVET CAKE YANG TAK SEDAP DAN HAMPEH

masa gi jalan2 minggu lepas, saya beli la red velvet cupcake kat satu kedai yg agak famous kat laman sesawang ni... selalu asyik tengok je kat kedai tu, pastu telan air liur... so kali ni nekad nak beli juga keknya.. of course la RVC yg saya sambar. 2 biji sekali gus, en suami pulak terliur kek coklatnya.so total dalam rm14 lebih..... sebenarnya saje la beli kat kedai, boleh 'JIMAT LEMAK' yg masuk dalam badan.. hehehe...kalau buat kat rumah, kek 8 inci tu semua masuk kat perut saya sorang....

balik je ke rumah terus ngap kek tu...BISMILLAH dulu...supaya syaitan2 lari dengar ayat ALLAH... lepastuuuuuuuuuuuuuuu....... mak oiiiii dia punya rasa, sumpah x beli lagi...dengan krim kat atas kek tu macam kunyah gula kasar, pastu keknya xtau rasa ape.. sepatutnya RVC ada rasa lemak2 butter dan susu... kecewa betul... giliran en suami pula rasa kek coklatnya...macam meroyan tengok dia makan... mai nak rasa sikit...hmmmmmmm manis amat krim coklatnya......

tengok rupanya nampak sedap kan???




dah jalan2 tu sempat la snap gambar si abng dengan adik 2 , 3 keping... kitorang jarang snap gambar time jalan2, malu kononnn... ekeke...


 suka si abang dapat makan KFC yg terbaru tu...ape namanya entah... yg bersalut emping jagung tu.... sedap juga...biasa kalau keluar, kitorang suka makan MC DONALD... tp kali ni tukar selera sbb nak penuhi permintaan abang yg mengidam sangat tu..


mcm MEM besar je kan...


 ololooo... takut la kerusi ni, stail baru gamaknye...tak cover bahagian tepi kiri kanan..


 adikkk..pandang sini!!!


adik suka sangat duk atas baby chair, xnak diam dia

so..tamat la sudah kisah pengembaraan kami ke area TESCO MUTIARA DAMANSARA dan yg sama waktu dengannya.... muahahaha.... wassalam..

Khamis, 21 Jun 2012

BLOGGER BEN ASHAARI MASUK SURAT KHABAR...

assalamualaikum... selamat petang... walaupun hari ni demam,tp hati tetap gembira, maklumlah hari selasa lepas,gi checkup baby kat hospital tengku ampuan rahimah,klang... doktor kata x payah datang lagi, baby you xde ape2 pon.. dia sihat saje(doktor lelaki cina...baik je)...alhamdulillah syukur pada ALLAH...
so,malam tu tidur kat rumah mak mertua lah,sbb hospital dekat dgn rumah diorang...suka betul atuknya,walawpun kaki tu sakit sbb gout, sanggup dukung cucu yg debab tu(dukung sekejap je)...9kg weeee.. ibu ni xlarat dah nak dukung..

.sambil borak2 tu terpandang akhbar, cerita pasal blogger berenti kerja dan urus rumahtangga... duit tetap masyukk.. baca sikit, terus nampak nama BEN ASHAARI... eh dia ni,aku pernah ternampak kisah dia kat blog... tp sumpah aku cakap, aku xkenal sangat Ben ni, aku asyik facebook je...kalau buka blog pon pasal nak cari resepi masak... kisah ben ni keluar hari ahad baru ni lagi..jadi dah basi gamaknye kat korang ye... xpelah...bapa mertua aku pon teruja baca kisah dia,rupanya dia yg gunting paper tu nak simpan..dia bangga baca berita tu... so, sempat la aku snap 3 pic utk tatapan semua..(maaf la, aku guna kamera telefon cap ayam jer...)






ikhlaslah,aku cakap memang aku tabik la.. dari jadual kerja rumah yg dia uruskan, aku blh bayangkan, dia memang rajin..... tahniah yer BEN ASHAARI....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...