jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Rabu, 31 Oktober 2012

Vanilla Sponge Cake With Buttercream

selamat pagi alls.. pepagi ni nak masukkan gambar kek span vanilla yang di lepa dengan buttercream yg sangat lembut... padanan kek span yang gebu, hmmm yummy.. layan gambar...















Selasa, 30 Oktober 2012

Pemenang Segmen + Giveaway Sesweet Pavlova

salam semua.. maaf lah semua peserta yg join segmen + giveaway sesweet pavlova saya.. harini baru dapat cari pemenang yg bertuah.. 28 dan 29 hb lepas saya ke rumah mertua di Klang.. bila dah balik ke rumah semula, terus gi Tesco pulak cari barang2 dapur.. hehe.. kat bawah ni saya dah pilih pemenang menggunakan khidmat Random.org.. saya copy paste je lah.. nak print screen xpandai2 lg.. huhu
harap semua pemenang inbox kepada saya di fb di sini

okey, untuk pengelike ke-50 yg bertuah ialah (topup rm5)
---https://www.facebook.com/inspirasi.fai---

Dan untuk 2 pemenang bertuah yg dipilih random.org ialah (topup rm5 seorang)
5) http://cokeandsundae-sg.blogspot.com/2012/10/segmen-giveaway-sesweet-pavlova.html
3) http://faralalalala.blogspot.com/2012/10/segmen-giveaway-sesweet-pavlova.html


True Random Number Generator  5Powered by RANDOM.ORG




True Random Number Generator  3Powered by RANDOM.ORG

Rabu, 24 Oktober 2012

Qalisha Dah Pandai Baca Buku!!!

dah baca tajuk tu?? maknanya tipuuuuuuuu jer.. kihkihkih... gurauan semata2.. Qalisha belum pandai la acik-acik semua..



ini lah first time nampak Qalisha khusyuk tengok buku, lama jugak tau.. sebab biasanya, asalkan dia nampak jer makhluk yang bernama kertas mesti dia akan ngappp... pastu mulalah termuntah-muntah...


korang tahu buku apa Qalisha telek2 tu?? Majalah Rasa tau.. hehe.. dalam gambar tu, peserta tengah duk masak.. mungkin dia pon ada cita2 nak jadi tukang masak gak kot... ke dia duk pikir, "kalaulah aku boleh masuk pertandingan masak tu jugak"... ekeke..

SEGMEN BLOGLIST PELANGI ME & MY FAMILY

mai sini, mai sini... meh kita join segmen ni lak.. klik banner utk join..



Ada hadiah misteri untuk yang bertuah... saya suke, saya suke... hehehe..

Isnin, 22 Oktober 2012

Giveaway Entry Ke-1000 Blog Aesya Zealous



uishhh, dah lama benar xjoin segmen / giveaway mana2 blog.. maklum aje laptop meragam mintak baru hehe... ha, nampak tak banner kat atas tu? klik la n join, sama2 kita meriahkannya.. nak tengok hadiahnya? korang mesti terlompat2 depan pc sebab nak hadiah tu jugak.. muahahaha...



tu diaaaa, hadiahnya.. terliur la tewww.. pssst.. ni entry ke-100 I u know..hihi

Senarai Terkini Peserta Segmen + Giveaway Sesweet Pavlova

okey, harini Ayu masukkan senarai kawan2 yang sudi join segmen + giveaway sesweet pavlova Ayu nih.. Alhamdulillah walaupon xramai yang join, ni pon dah syukur.. sbb masa nak buat segmen ni, risau jugak kot xde yang join.. rupanya ada yang sudi memeriahkannya..

pavlova

senarai :

  1. http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/10/segmen-giveaway-sesweet-pavlova.html
  2. http://loveyoucontest.blogspot.com/2012/10/segmen-giveaway-sesweet-pavlova.html#
  3. http://faralalalala.blogspot.com/2012/10/segmen-giveaway-sesweet-pavlova.html
  4. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/10/segmen-giveaway-sesweet-pavlova.html
  5. http://cokeandsundae-sg.blogspot.com/2012/10/segmen-giveaway-sesweet-pavlova.html
  6. http://jassnani.blogspot.com/2012/10/blog-post_23.html
  7. http://giftcikbunny.blogspot.com/2012/10/segmen-giveaway-sesweet-pavlova.html
((update terkini : 30 / 10 / 2012))

kalau ada sape2 yang nak join, meh la.. tarikh tutupnya 28/10/2012.... InsyaAllah, jika ada rezeki, Ayu akan buat lagi giveaway dengan hadiah yang lebih menarik.. InsyaAllah..

Ahad, 21 Oktober 2012

Blueberry Cheese Tart.. yummy..

semalam walaupon hujan lebat, tetap meneruskan hajat nak makan cheese tart... ada filling blueberry jer kat dalam freeze.. boleh lah... orang lain syok tidur, ku dengan anak2 duk kat dapur... sambil menguli kulit tat tu..











ada 2 saiz blueberry cis tart Ayu nih... saiz S (mini bite) dan saiz M... sangat sedap... cream cheesenya, cair di dalam mulut.. hmmmm, yummy..

Sabtu, 20 Oktober 2012

Blogku Dah Ada Sitelink di Google

Alhamdulillah.. tadi saje jer taip Dapur Riuh Ibu kat google.. bila search je terus keluar cam ni.. erk, dulu xtahu pon apa fungsi ni.. tapi haritu ada terbaca (kat blog sape yer lupa lak).. dia ada menceritakan yg blog nya jadi macam kat bawah ni jugak... alhamdulillah ni kira blog ku dah menonjol sikit.. kat bawah ni, saya copy paste jer, tak pandai nak print screen.. hehe.. sape yg boleh ceritakan lebih lanjut pasal benda ni, boleh la share kat sini....



Dapur Riuh Ibu.................

mummyncakes.blogspot.com/ - Translate this pageShare
tempahan kek & kuih muih kampung sungai kayu ara, petaling jaya.
You've visited this page many times. Last visit: 9/19/12

SULAMAN CRUMBLE

nih saya nak masukkan gambar sulaman crumble yang baru ...

Ibu, tak boleh makan ubat ...

(sambil kitorang gelak). ekekeke.. inilah dialog antara Ayu dan ...

TEMPAHAN KEK KARAMEL ...

Foto Saya · Ayu: kg sg kayu ara,petaling jaya, selangor ...

Tolonggggggggggggg.......

Tolonggggggggggggg....... hari ni dengan rasminya dah pon ...

Giveaway By Izwan

Tadi terserempak dengan entry pasal Giveaway by Izwan ni ...

Oktober 2012

tempahan kek & kuih muih kampung sungai kayu ara ...
More results from blogspot.com »

Khamis, 18 Oktober 2012

Sponge Cake + Blueberry Topping + Fc

Salam semua.. sejak akhir2 ni jarang dah update blog, mood tak berapa nak ada.. so, habis lah idea hilang, tak dapat nak tulis apa-apa entry.. Sebenarnya, tengah pening duk fikir nak balik kampung ke tak.. nak balik kali ni bukan untuk melawat orang tua aje.. tapi nak balik duk sana terus.. nak kembangkan bisnes kek Ayu ni.. maklumlah, bila duk tempat orang ni, tak tahu sangat hala tuju.. lebih-lebih lagi, Ayu tak bekerja, jadi tak ramai kawan.. dan agak susah untuk mendapatkan bantuan untuk kembangkan bisnes..

bila kat kampung sendiri InsyaAllah, rasa jalannya nampak lebih mudah sikittt.. untuk dapatkan bantuan alatan perniagaan pon tak susah sangat.. tempat untuk kita tuju pon awal2 dah tahu kat mana... kawan pon ramai di sana.. Harap dipermudahkan ALLAH segala urusan.. Amin... InsyaAllah, kalau jadi dan settle tukar sekolah anak (belum apply lagi), Ayu akan balik berbisnes di Kg Buloh, Setiu, Terengganu akhir tahun ni..

apa2 pon, jom tatap kek nih.. cuci mata jap.. hehe.. ini sponge cake + blueberry topping + fresh cream... kalau nak order untuk raya aidiladha boleh jer.. call jer Ayu.. 019-2993334






Jumaat, 12 Oktober 2012

TEMPAHAN KEK KARAMEL-MASIH TAK PUTUS2

KARAMEL CHEESE CAKE

KARAMEL VANILLA CAKE (ORIGINAL)

3 BIJI DAH SETTLE DI AMBIK PETANG TADI..

KEK ALUNAN KASIH.. SEDAP.. FIRST TIME CUBA..

ALUNAN KASIHNYA DISEBELAH DALAM.. HEHE..

KARAMEL KEK VANILLA, 2 HARI LEPAS PUNYA.. UNTUK MY FREN... SEDAP SANGAT KATANYA.. TQ NOOR..

Rabu, 10 Oktober 2012

Ibu, tak boleh makan ubat nyamuk!!!

ibu :      haiqal, tolong picit kepala ibu jap
haiqal :  nape ibu?
ibu :      ibu pening kepala
haiqal :  ibu dah makan ubat ke belum?
ibu :      belum.. ibu nak makan ubat apa? ubat nyamuk ke?
haiqal :  eh, tak boleh ibu.. nanti ibu mati!!! (sambil kitorang gelak)

ekekeke.. inilah dialog antara Ayu dan anak lelaki ku, Haiqal... pandai dia bezakan.. saje je nak uji dia..

Selasa, 9 Oktober 2012

DISKAUN 15% UNTUK TEMPAHAN KEK

Salam semua... okey, sempena dengan pembukaan page TEMPAHAN KEK & KUIH KG SG KAYU ARA baru2 ni.. Ayu akan memberi diskaun untuk tempahan semua jenis kek... So, kalau nak oder, sila cepat2, sebab promotion ni hanya sehingga 25/10/2012 sahaja...

sebarang tempahan boleh call/ sms Ayu di 019-2993334.. klik di sini untuk lihat album kek...






SEGMEN + GIVEAWAY SE'SWEET' PAVLOVA

Assalamualaikum.... hari ni Ayu nak buat SEGMEN + GIVEAWAY SE'SWEET' PAVLOVA.. ini pertama kali Ayu buat segmen sejak berblog ni....

pavlova

Syarat2 nya senanggg aje

 -follow blog ni cam biasa :-)
 -like kat sini
 -buat entry dengan tajuk SEGMEN + GIVEAWAY SE'SWEET' PAVLOVA.. masukkan gambar pavlova yg cun tu (kalau xnak masukkan pon xapa)..
 -dah siap, korang letak link entry kat kotak komen bawah ni jer..
 -tarikh tutup 28 /10/ 2012

Hadiah

-topup RM5 untuk penge'like' ke 50
-diskaun kek 20% untuk penge'like' ke 100 atau ditukar kepada topup RM5
-2 peserta akan dipilih random.com untuk topup RM5 seorang...

p/s : harap2 ramai la join segmen ni... jemput kawan2 korang untuk join...


Ahad, 7 Oktober 2012

JANGAN MENYIBUK!!!

Apasal marah2 ni?? haha.. bukan marah sangat ponnnn.. manja2 jer... saje bagi gempaq sikit... puncanya?? cuba tengok budak kecik kat bawah ni... ha, cam tu lah kalau ibunya nak mengadap laptop.. dia akan cuba sedaya upaya untuk kacau... atau ayat tg lebih tepat.. dia NAK MENAIP JUGAK!!.. 



Bila ibu bagi jer chance, terus dia taip nombor dua, panjang-panjangggggg gitu... huhu.. geram betul... adoi, baru 2 orang anak.. kalau ramai, kurus lah ibu ni.. hahaha..

Sabtu, 6 Oktober 2012

Jom Blogwalking Sampai Pengsan

Nah!!! satu lagi segmen yang Ayu sertai... simple n easy.. cehhh, cakap omputeh lak... mai kita sama2 join untuk tambah follower.. InsysaAllah, berkat rajin bersegmen pasti ramai yang mula kenal blog 'terpinggir' kita Ayu.. hehe.. klik jer banner tu untuk join..



FOLLOWERS TERKINI AYU : 117 GIGIRLS N BOBOYS :-)

psssttt.. kalau xleh klik banner, klik sini

vanilla sponge cake + fresh cream

layan gambar kek je lah kawan2 yer... hihi

 vanilla sponge cake, di lepa dengan fresh cream...


Khamis, 4 Oktober 2012

Segmen : Pencarian Bloglist Muslimin & Muslimat By Nurul

Assalamualaikum semuaaa. di malam jumaat ni, mai lah kita bersegmen untuk sekelian kalinya.. hehehe.. kali ni tajuk segmennya.. Segmen : pencarian bloglist muslimin & muslimat by Nurul..(e'eh nama kita sama :-))..



harap2 makin bertambah meriah dan ramai lagi la follower saya.. hihi...kalau nk join, klik jer banner kat atas tu atau klik sini... 

Review : kisah kehilangan tragis Yasmin Johan

Masa jalan-jalan kat blog tadi, terjumpa entry pasal kehilangan arwah  Yasmin Johan... arwah sudah lama pergi, bulan Jun lagi.. tapi disebabkan pada masa tu, saya masih belum pandai berblog lagi, masih terkial2..jadi baru hari ni, saya tahu kisahnya... menitis air mata bila baca saat nafas terakhirnya diambil Pencipta... terasa insaf, dan rindu pada Allah...kadangkala kita lalai dan leka dengan nikmat hidup... semua boleh baca kat Blog Dlia Jane Diary. kat .sini. terperinci je penulis menceritakan..

AL-FATIHAH BUAT ARWAH... SEMOGA DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 YG BERIMAN.. AMIN..

Rabu, 3 Oktober 2012

Giveaway By Izwan

Tadi terserempak dengan entry pasal Giveaway by Izwan ni... kali ni Izwan nak bagi hadiah... korang nak tak??? ha, kalau nak jom join.. bukan sorang yang akan dipilih sebagai pemenang.. tapiiiii, 5 orang.. siap ada 1 lagi special hadiah... korang kena join, senang je syaratnya.. klik banner kat bawah utk join..

izwan+giveaway

Selasa, 2 Oktober 2012

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING




selamat malam semua... malam ni tetiba rasa rajin lak nk join semen... nama segmennya... SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING.. follower dia ramai jugak.. so, nak tumpang juga la nyibuk kat blog dia.. hihi.. klik sini..


Isnin, 1 Oktober 2012

Tolonggggggggggggg.......

hari ni dengan rasminya dah pon membuat halaman baru di facebook untuk tempahan kek.. senang kerja sikit... nak ambik oder atau nak jawap soalan bagai... hehe.. so nak mintak tolong korang 'like'2 la sikit... kuikuikui(dengan perasaan rendah diri dan malu-malu).. link kat bawah ni... kat tepi blog ni pon ado... :-)


Halaman · 10 menyukai ini
1 daripada 1Pilih Gambar Kecil

Bersila Kat Dalam Tesco Untuk Breastfeed Baby??

Assalamualaikum...... tengok tajuk post tu, mesti orang laki tak nak baca.. iyye ke tak? haha.. korang yang bergelar suami kena baca untuk sedikit pengetahuan... ha!! kalau korang yang selalu gi shopping kat tesco mutiara Damansara mesti dah tahu, yang diorang baru siap buat renovation besar-besaran...

Apa kaitan dengan Ayu lak?? hihi, xde kaitan pon, sebenarnya nak cerita (pd yang belum tahu)... Sekarang memang cantik dan sangat banyak kemudahan yang di naik taraf...yang paling Ayu suka, ada tempat menyusu baby.. maklumlah kita ni breasfeed... so, takkan nak bersila dalam Tesco, pastu selak baju untuk menyusu baby.. haha.. tak mungkin, tak mungkin..

so, pada ibu-ibu tu, xpayah pening-pening dan terkejar dah.. boleh shopping dengan tenang dan gembira... yang tak gembira adalah En Suami... muahahahaha....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...