jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Jumaat, 14 September 2012

Ayam Masak Kari Campur Nenas

Lauk ni minggu lepas lagi masak, tapi baru nak tayang.. huhu, lambat.. masak biasa jer ni, ayam kari (kalau sebelah pantai timur panggil gulai ayam) campur nenas.. sedap sebab turun air nenasnya tu ke dalam kuah.. jadi rasa manis2 kuah tu lain sikit...



nak resepi ke? xpayahlah kot kan.. senang je ni.. saya kalau masak memang xde sukatan, sebab tu kalau masakan tentang lauk, jarang benar saya masukkan.. padahal tiap2 hari masak... huhu..



resepi : kari ayam campur nenas (khas utk ngongom lily yg request tu, hihi)


1ekor ayam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang merah yg besar tu/ kalau bwg merah yg kecik, 5-6 ulas
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sb rempah kari ayam
3 sb cili kering kisar
2 sb kerisik
1/2 biji nenas- buang kulit dan potong kecik2
1/2 keping gula melaka / ikut suka manis
1 biji kelapa- ambik santannya
garam
boleh tambah gula sikit

-blend bawang merah, bawang putih dan halia..
-panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hngga wangi.. masukkan bahan kisar, tumis garing
-masukkan cili kering kisar, tumis garing dan masukkan gula melaka, tumis hngga merah gelap sikit (tapi bukan hangit tau, hehe)
-masukkan rempah kari yg dah dibancuh dgn sikit air.. tumis sampai rempah wangi dan terbit minyak, masukkan garam...
-masukkan 1/2 cawan air, pastu masukkan ayam.. biar api tu sederhana supaya ayam boleh meresap rasa manis masin gula dan garam.. agak2 dalam 15minit..
-masukkan santan dan nenas...
-bila kuah dah mendidih, bolehlah masukkan kerisik
-bolehlah sesuaikan rasanya... nak tambah garam ke gula lagi ke..

**pssstt :-  kuah tu boleh keringkan hingga agak pekat atau pon biarkan agak berkuah macam kari biasa
              -  tambah bahan2 optional lain supaya menarik, cili merah dibelah / cili api / tomato

3 ulasan:

Unknown berkata...

eemm....first time tgk kari ayam cpr nenas.
mesti sedap kannn....
sgt menarik bagi org yg x brpa nak pandai masak mcm sya...heheheee
mnta resepi boleh..??

Unknown berkata...

tq...tq...tq....
i likeee....^__^
akan ku cube msk...hehee

Ayu berkata...

welcome, welcome... cuba jgn xcuba... 6t boleh je ubah ikut selera sndiri.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...