jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Memaparkan catatan dengan label resepi lauk pauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi lauk pauk. Papar semua catatan

Khamis, 8 November 2012

Sambal Bilis Kering..

hmmm sedapnya.. sambal bilis kering ni jarang2 je buat sebab nak kena ambik masa sikit.. kena kering kan cilinya dengan api perlahan, cam nak wat serunding tu.. masa belum ada baby Qalisha tu, rajin la jugak buat, sekarang malas sikitttttt.. haha (cakap jelah malas kan senangg)




Resepi : sambal bilis kering

1 mangkuk ikan bilis halus/ jenis belah (goreng garing, ketepikan)
1/2 mangkuk cili kering kisar (boleh kurangkan atau lebihkan, tp jgn lebih sangat.)
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
gula & garam secukupnya

- tumbuk halus / blend bawang merah dan bawang putih
- tumiskan hingga wangi
-masuk cili kisar, tumis hingga garing
-masuk gula, garam
-biar cili agak2 kering baru masukkan ikan bilis
-kecilkan sikit api, kacaulah hingga agak2 kering ..

**boleh tahan agak lama walau xsimpan dalam peti..



Isnin, 5 November 2012

Sup Ayam.. Pemanas Badan di Kala Hujan..

Semalam ada buat sup ayam ni.. kalau ikutkan bab2 sup ni en suamiku kurenggg sikit, maklumlah orang nogori, dah biasa dengan masak lomak.. ngeee, tapi sejak menjadi suamiku 7 tahun lebih dah ni, dia belajar la makan masakan pantai timur.. sekarang, budu pon dia bedal, ambik kau joyah... haha..



resepi sup senang je.. hehe

setengah ekor ayam -potong kecik2
1 bungkus sup bunjut adabi
1biji bawang merah besar
3ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2-3 biji ubi kentang
1 tomato saiz kecik
daun sup-hiris
bawang goreng
cili api- hiris halus

-tumbuk bawang merah, bawah putih dan rempah sup tu hingga lumat2 manja jer
-tumis hingga wangi, masuk halia dan lengkuas yg dah diketuk
-masuk sedikit air, garam, gula, tomato.. biar mendidih sekejap, masukkan ayam
-biarkan sehingga ayam tu dah meresap garam dan rempah dlm 15 minit
-tambah kan air untuk kuahnya, biarkan mendidih, masukkan ubi kentang
-biarkan hingga ayam empuk dan kuah kering sikit
-dah siap, tabur bawang goreng, daun sup dan cili api...



yang ni pulak roti bakar jer, sebab ada lebihan sambal sardin, ayu letak atas roti, picit mayonis dan bakar dalam 7-10minit... ya Allah sedapnyaaa, hehe (masuk bakul angkat sendiri, sebab orang lain memang tak larat nak angkat aku nih, huhu).. kesedapannya tu terbit dari rasa manis2 mayonis.. dah banayk kali buat sebenarnya, tapi semalam baru suamiku dapat merasa, 3 keping dia makan non-stop.. sedap katanya.. haiqal makan 2 keping, ibu dapat makan sekeping jer... huh sedihhhh..


Jumaat, 14 September 2012

Ayam Masak Kari Campur Nenas

Lauk ni minggu lepas lagi masak, tapi baru nak tayang.. huhu, lambat.. masak biasa jer ni, ayam kari (kalau sebelah pantai timur panggil gulai ayam) campur nenas.. sedap sebab turun air nenasnya tu ke dalam kuah.. jadi rasa manis2 kuah tu lain sikit...



nak resepi ke? xpayahlah kot kan.. senang je ni.. saya kalau masak memang xde sukatan, sebab tu kalau masakan tentang lauk, jarang benar saya masukkan.. padahal tiap2 hari masak... huhu..



resepi : kari ayam campur nenas (khas utk ngongom lily yg request tu, hihi)


1ekor ayam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang merah yg besar tu/ kalau bwg merah yg kecik, 5-6 ulas
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sb rempah kari ayam
3 sb cili kering kisar
2 sb kerisik
1/2 biji nenas- buang kulit dan potong kecik2
1/2 keping gula melaka / ikut suka manis
1 biji kelapa- ambik santannya
garam
boleh tambah gula sikit

-blend bawang merah, bawang putih dan halia..
-panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hngga wangi.. masukkan bahan kisar, tumis garing
-masukkan cili kering kisar, tumis garing dan masukkan gula melaka, tumis hngga merah gelap sikit (tapi bukan hangit tau, hehe)
-masukkan rempah kari yg dah dibancuh dgn sikit air.. tumis sampai rempah wangi dan terbit minyak, masukkan garam...
-masukkan 1/2 cawan air, pastu masukkan ayam.. biar api tu sederhana supaya ayam boleh meresap rasa manis masin gula dan garam.. agak2 dalam 15minit..
-masukkan santan dan nenas...
-bila kuah dah mendidih, bolehlah masukkan kerisik
-bolehlah sesuaikan rasanya... nak tambah garam ke gula lagi ke..

**pssstt :-  kuah tu boleh keringkan hingga agak pekat atau pon biarkan agak berkuah macam kari biasa
              -  tambah bahan2 optional lain supaya menarik, cili merah dibelah / cili api / tomato

Jumaat, 20 Julai 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

assalamualaikum......ceria2 sikit pepagi ni..murah rezeki...sejak kebelakangan ni pagi2 sejuk jer kan.. malam2 pon dingin je..tidur pon lena..kalau sblm ni, panas...panas kat bandar xsama dengan panas kat kampung...dengan body saya yang agak 'comel' ni, tiap2 awal pagi bangun mandi.. kalau tak pukul 2 mesti pukul 3..kena bangun, berpeluh2...huihhhh..dah le tu kan..

hari ni nak masukkan resepi ayam goreng berempah yang saya buat semalam...resepi ni dah lama saya guna, saya ambik dr majalah Mingguan Wanita... sekali buat, terus jatuh hati...bukan setakat anak dan en suami yang suka, dengan mak saya dan adik beradik pon suka.. kalau goreng je, wangi semerbak..hehe...


 jemput semua.....


 ni antara bahan2 nye tapi xcukup..sbb xde stok kat rumah..



perap selama boleh, tp sekurang2nye 1/2 jam..



RESEPI : AYAM GORENG BEREMPAH


1 ekor ayam
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai- yang besar2
sedikit daun limau purut- di carik2/hiris 
4 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah- yang kecik2 tu
garam secukupnya


-blander semua bahan kecuali garam dan daun limau purut
-lumur pada ayam bersama garam dan daun limau purut
-perap selama beberapa jam
-goreng guna api sederhana hingga masak

**jangan guna api paling besar, nanti rempah cepat hangus
**kalau suka, anda boleh perah jus limau nipis / cuka untuk sedikit rasa masam
**ayam boleh jg dibakar..

Khamis, 5 Julai 2012

AYAM MASAK SOS TIRAM SIMPLE

 dah makan tengahari ke??? hari ni masak simple je, tp sedap...selalunya kalau beli ayam tu, mesti masak yg ada tulang2 dulu, mcm kepak, peha,...so yg isi tu tinggal la dlm fridge... biasanya yg isi tu saya masak simple2...antarnya goreng salut tepung, atau tumis lada hitam atau tumis sos tiram cam nilah...

lauk ni mudah dan cepat, kalau yg xpandai pon blh buat, yg si bujang ponnn blh cuba..boleh le pikat hati pasangan dgn lauk cam ni...ekekeke... tp kalau diorang x suka jgn serang saya.... hihihihi.......







mula2 potong nipis memanjang dulu isi ayam tu...
perap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam...




 then goreng hgga agak2 cukup masak je...xpayah lama2 smp garing, keras 6t.. angkat dan ketepikan dulu..
hiris bahan2 yg diperlukan....
-2 biji bawang merah besar
-6 ulas bawang putih
-sedikit lobak
-2 bijicili merah
-6 biji cili api
-1 biji tomato








tumis semua bahan yg dihiris hingga wangi...




 masukkan 2-3 sudu besar sos tiram...tumis hgga naik bau...kalau nk ada kuah sikit,letak setengah cawan air dan biar mendidih...





 last, masukkan isi ayam yg dah digoreng tadi




ok..siap...










SELAMAT MENJAMU SELERA.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...