jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Jumaat, 20 Julai 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

assalamualaikum......ceria2 sikit pepagi ni..murah rezeki...sejak kebelakangan ni pagi2 sejuk jer kan.. malam2 pon dingin je..tidur pon lena..kalau sblm ni, panas...panas kat bandar xsama dengan panas kat kampung...dengan body saya yang agak 'comel' ni, tiap2 awal pagi bangun mandi.. kalau tak pukul 2 mesti pukul 3..kena bangun, berpeluh2...huihhhh..dah le tu kan..

hari ni nak masukkan resepi ayam goreng berempah yang saya buat semalam...resepi ni dah lama saya guna, saya ambik dr majalah Mingguan Wanita... sekali buat, terus jatuh hati...bukan setakat anak dan en suami yang suka, dengan mak saya dan adik beradik pon suka.. kalau goreng je, wangi semerbak..hehe...


 jemput semua.....


 ni antara bahan2 nye tapi xcukup..sbb xde stok kat rumah..



perap selama boleh, tp sekurang2nye 1/2 jam..



RESEPI : AYAM GORENG BEREMPAH


1 ekor ayam
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai- yang besar2
sedikit daun limau purut- di carik2/hiris 
4 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah- yang kecik2 tu
garam secukupnya


-blander semua bahan kecuali garam dan daun limau purut
-lumur pada ayam bersama garam dan daun limau purut
-perap selama beberapa jam
-goreng guna api sederhana hingga masak

**jangan guna api paling besar, nanti rempah cepat hangus
**kalau suka, anda boleh perah jus limau nipis / cuka untuk sedikit rasa masam
**ayam boleh jg dibakar..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...