jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Ahad, 30 September 2012

My Mom's Best 2nd Giveaway




wiwitttt... kali ni nak join giveaway lak... My Mom's Best 2nd Giveaway.. tarikh tutupnya pukul 10pm pada 10 oktober 2012... hadiah2nya sangat menarik tau... jom kita terjah.. tekan sini pon boleh.. sesambil tu baca entry2 menarik dalam blog tu, klik sini.

Sabtu, 29 September 2012

Pavlova Dialova..

selamat petang alls.. mai sini kita layan pavlova sejuk.. huhu..  yumyum... resepi ni ambik kat blog irmalondon.. thanks akak yer...



4 biji putih telur
1 cawan gula halus (saya guna 3/4 cawan je, sedang elok rasa.. xmanis sangat)
1st lemon jus - yg ni saya xletak
1/2 sb tepung jagung
1/2 st esen vanilla
1 st cuka (fungsinya utk pavlova tu merekah bila dibakar)

-pukul telur hgga kembang, masukkan gula sikit2 sambil putar... pukul hingga kental
-masukkan cuka, esen dan tepung jagung, kacau guna sudip/spatula saje
-bakar suhu 150 selama 15 minit..dan turun kan pula suhu kepada 140 bakar 1 jam
-bila dah masak tu, tutup api, buka sikit pintu oven, n biar dlm oven hgga sejuk.

**bila dah sejuk tu, hiaskan dengan fresh cream n buah2an yg masam... sprti strawberry, oren,kiwi, rasberry atau lain2...

Selasa, 25 September 2012

ciskek + blueberry topping + fresh cream

Auwwww, sedapnye... sape nak, angkat tangannnn... tak nampak ponnn.. haha.. sorry, ini untuk my beloved hubby.. dia request nak kek cis ni.. 3 hari lepas baru jer buat, da buat lagi.. hubby sukeeee sangat ciskek letak blueberry topping..sedappp.. yum, yum, yum..



Isnin, 24 September 2012

Zyraroxx: Follower Datang Bertubi-tubi




halluuuuu.. maghi sini, maghi sini, kito pakat gi terkam di blog budak rock.. yeyehhh... fuh!! malu pulak I.. haha, ni la koroje I utk menambah pendapatan follower..hihi.. klik link kat bawah tu untuk join..okeyhh.




follower saya lani : 64 orang yg sangat baik hati

Ahad, 23 September 2012

segmen : saya nak hadiah misteri dari si pipi merah

http://i.imgur.com/R9WWM.png


masa gi jejalan kat blog girl comel ni, terjumpa entrynya pasal segmen saya nak hadiah misteri dari si pipi merah ni... ha, saya nak! saya nak!.. huihhh, xmalu aku nih.. hihi... korang jom meriahkan segmen blogger comel ni... katanya tarikh tutup ikut suka hati dia... kena respect juri okey.. haha.. gurau je..



Sabtu, 22 September 2012

Cotton soft japanese chesse cake with blueberry topping..

selamat petang..  huihh pepagi lg duk membaking ciskek.. feberet you know... sedapnya makan sejuk-sejuk...wallawehhh.. resepi leh rujuk kat sini

 untuk makan sendiri, sebab hubby cuti hari ni.. just letak b/berry jer.. kalau nak cantik, hias lah dengan fresh cream..

nah, korang ambik sepotong...hihi..

Jumaat, 21 September 2012

segmen : pencarian bloglist sept-okt Mieya Atiera



yuhuuu... lagi satu segmen yang saya sertai malam ni... ni kali ke-2 okey... nak cari follower punya pasal, kena lah kreatif dan bersusah payah kan? tarikh tutup segmen ni 1 oktober 2012 key... jgn lupa klik banner kat atas untuk join....

Khamis, 20 September 2012

segmen : jom tingkatkan followers sampai lebam

wit..wit..wit.. mai baca sini meh.. dikedinginan hujan yang menusuk tulang temulang ni, mai join segmen jom tingkatkan followers sampai lebam.. haha.. ayat seganas empunya blogger kot.. Sa Michaisi... wallaks..
ini kali pertama saya sertai segmen cam ni.. boleh tambah follower dan berkenalan kan.. best je..



followers sekarang 33 orang je..

korang semua jom sama-sama join...

Rabu, 19 September 2012

moist choc cake & 3 kuntum mawar pink

yuhuuuu.. lamanya xupdate blog ku ni... maklumlah anak demam, xleh nak gerak sangat.. tempahan kek pon terpaksa tolak haritu... yang ini, kek dibuat tadi, dah lama akak ni booking tau, 2 minggu.. bagus!!! perancangan yang teliti.. hehe...



bab menulis ni masih lagi fail.. walaupon dah 'tua'... haha.. kena banyak practice...

Jumaat, 14 September 2012

Tempahan Kek Hari Ini...

Rezeki hari jumaat... xputus2.. tapi xleh nak ambik banyak, sebab baby demam lak.. malam tadi panas bebenor, bila dah subuh sikit tu dah kurang. hari ni nampak beransur kurang dah.. panas-panas manja jer rasanya... harap2 tak berpanjangan lah 'dik' yer... risau ibu ni.. buat kerja tak senang.. hehe..






settle sudah 2 biji kek karamel oder mengejut dari sepupu (nak kena ni :-) nasib baik bahan ada. ) dan sebiji kek lapis hawflakes tempahan dari kawan sekolah menengah... lama benar xtengok Illa ni..  thanks semua..

Ayam Masak Kari Campur Nenas

Lauk ni minggu lepas lagi masak, tapi baru nak tayang.. huhu, lambat.. masak biasa jer ni, ayam kari (kalau sebelah pantai timur panggil gulai ayam) campur nenas.. sedap sebab turun air nenasnya tu ke dalam kuah.. jadi rasa manis2 kuah tu lain sikit...



nak resepi ke? xpayahlah kot kan.. senang je ni.. saya kalau masak memang xde sukatan, sebab tu kalau masakan tentang lauk, jarang benar saya masukkan.. padahal tiap2 hari masak... huhu..



resepi : kari ayam campur nenas (khas utk ngongom lily yg request tu, hihi)


1ekor ayam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang merah yg besar tu/ kalau bwg merah yg kecik, 5-6 ulas
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sb rempah kari ayam
3 sb cili kering kisar
2 sb kerisik
1/2 biji nenas- buang kulit dan potong kecik2
1/2 keping gula melaka / ikut suka manis
1 biji kelapa- ambik santannya
garam
boleh tambah gula sikit

-blend bawang merah, bawang putih dan halia..
-panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hngga wangi.. masukkan bahan kisar, tumis garing
-masukkan cili kering kisar, tumis garing dan masukkan gula melaka, tumis hngga merah gelap sikit (tapi bukan hangit tau, hehe)
-masukkan rempah kari yg dah dibancuh dgn sikit air.. tumis sampai rempah wangi dan terbit minyak, masukkan garam...
-masukkan 1/2 cawan air, pastu masukkan ayam.. biar api tu sederhana supaya ayam boleh meresap rasa manis masin gula dan garam.. agak2 dalam 15minit..
-masukkan santan dan nenas...
-bila kuah dah mendidih, bolehlah masukkan kerisik
-bolehlah sesuaikan rasanya... nak tambah garam ke gula lagi ke..

**pssstt :-  kuah tu boleh keringkan hingga agak pekat atau pon biarkan agak berkuah macam kari biasa
              -  tambah bahan2 optional lain supaya menarik, cili merah dibelah / cili api / tomato

Khamis, 13 September 2012

GIVEAWAY BLOG UMIYUMI2

mai baca ! mai baca !.... kali ni saya sertai giveaway umiyumi2 pulak.. hadiahnya memanggg menarik, iaitu :

kuali / wok Tefal saiz 28 cm



jom join di sini.. tarikh tutupnya jam 12 tengah malam pada 25 september 2012... pemenang akan diumukan pada 26 september 2012.. dan dipilih secara random...  korang yang xde blog pon boleh sertai... kalau yang ada blog lagi bagus... untuk syarat-syarat yang lebih lanjut korang terjah lah blog umiyumi2...

Rabu, 12 September 2012

Tips Untuk Dapat Markah Paper Arab Tinggi

sekarang ni dah bermula musim peperiksaan kan.. kalau UPSR dah mula, maknanya tak lama lagi, PMR pulak, pastu SPM dan akhirnya STPM... begitulah susunan peperiksaan di negara kita nih...

sape yang SPM tahun ni, cer angkat tangan nak tengok... xnampak pon.. haha.. sape yang ambik paper bahasa arab tinggi?? haaa, cerita pasal paper ni, ada satu tips untuk dapat markah yang tinggi dalam bahasa arab... tips ni ustazah yang mengajar arab saya sendiri yang bagitahu...



cikgu2 korang dah bagitahu kan, kalau apa2 paper ujian, pemeriksa tu tak kira dari latarbelakang keturunannya pon.. tapi untuk paper arab ni, hanya pemeriksa yang beragama islam jer yg check, so sedikit sebanyak memberi kelebihan pada kita untuk dapat markah 'murah' sikit...

caranya cam ni kata ustazah, bila bahgn karangan tu (kt bahagian belakang sekali kalau xsilap), korang perahlah idea banyak-banyak kat situ mengikut tajuk pilihan yg diberi.. korang karang bersungguh-sungguh.. letaklah apa2 perkataan yang korang ingat, tapi biarlah ayat tu tersusun sikit... buat panjang karangan tu.. haaa, di sinilah korang boleh cover untuk dapat markah banyak..

tips ni, saya dah praktikkan, alhamdulillah, memang luluslah, siap dapat B lagi... kalau sebelum tu, nak dapat C pon payah, memang malas nak hafal bahasa arab..hehe (nyesal tau)... tapi korang kena ingat, kalau nak buat mcm style ni, korang kena praktis buat karangan...

p/s : sila abaikan tips ni kalau korang memang dah terer atau xberminat... pssssstttt... hehehe..

Selasa, 11 September 2012

kek kukus prune

lewatnya update blog hari ni.. sibuk dengan tempahan kek... 2 biji kek karamel cheese, 1 biji kek cheese cotton dan cream puff.. oder from adik ipar untuk buar makan2 kat sekolah dia esok pagi-pagi... tapi lupa nak tangkap gambar... huhu.. sedih sunnguh lorrr..

kat bawah ni gambar kek kukus lapis prune, ambik resepi dari Azah Harun.. sedapppp... resepi lebih kurang macam apam polkadot jer... asalnya kak Azah letak hawflakes, tapi sebab xde stok, belasah je lah buah prune yang duk bertapa lama tu.. hihi...





resepi : kek hawflakes kukus
sumber : Fb Azah Harun

A : 5bj telur
225gm gula
1st esen vanilla
1sb ovellete
secubit garam
-pukul semua bhn hgga kembng n berkrim

B : 1st baking powder
220gm gandum

C: 150ml susu cair
100ml minyak

-masukkan B dan C berselang seli ke dalam A
-bahagi kpd bbrapa bahagian n warnakn
-setiap warna boleh letak paste disukai
-kukus selapis2, ambik sesenduk, letak dlm loyang dan susun hawflakes, kukus 5 minit setiap lapis...
- buat mcm tu smp habis
-yang last sekali, kukus lama sikit.. lebih kurang 20-25 minit...



SELAMAT MENCUBA...

Isnin, 10 September 2012

GIVEAWAY "curi-curi suka" BLOG EQBAL ZACK

hahaiiii.... malam ni nak share 1 blog yang pekat ber'english' ni, haaa, dia buat GIVEAWAY sempena follower dio dah bertambah ramai tu... korang kena sertai blognya juga tau...

sesape yang nak join sama, jom kita terjah blog  Eqbal Zack.. .. hadiahnya boleh tengok kat bawah ni..

  HADIAHx 2:   
novel "Curi-Curi Suka" oleh  Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)
HADIAHx 10:  
EZ Fridge Magnet (Limited Edition)



jangan tunggu lagi sebab tarikh tutupnya ialah 16 September 2012 jam 11.59pm. so, penyertaan yang melebihi 11.59pm tidak akan diterima.. pemenang akan dipilih secara random dan akan diumumkan pada 18 September 2012. okey.. cepat, cepat, cepattttttt...

Buah tangan Untuk Jamuan Raya Prasekolah

taraaaa... ni lah kek yang saya buat malam tadi, untuk anak saya haiqal bawa ke kelas prasekolah nya.. harini ada jamuan hari raya... esok budak2 pon diberi kebenaran untuk cuti pulak.. selama 3 hari.. maklumlah esok nak UPSR, xmengganggu lah abang2 dan kakak2 nak jawab paper.


 sebiji kek coklat lembap di saluti coklat ganache... untuk budak2 kan, mesti suka...

sebiji lagi kek karamel, manalah tahu ada yang tak makan kek coklat.. tak semua suka apa yang kita suka kannn... harap semua puas hati.. hmmm, tak terlambat lagi rasanya saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kat semua cikgu2 yang mengajar prasekolah di SKBUD2..PJ...


Antara Blogger Yang Pernah Komen Kat DRI

MORNING, MORNING semua... entry kali ni special untuk kawan2 blogger yang pernah komen kat sini, sangat menghargai korang.. so, nak cakap terima kasih kat sorang2, memang dah cakap.. tapi nak over sikit.. haha.. jeng-jeng-jeng.. dengan ini di persembahkan....


1-GADIS SI RAMA-RAMA
2-KAISARA AIMAN PUNYA BLOG
3-E Y C H A
4-WANA YUSOF
5-AZURAIDA AKA CHIKYA
6-MIZ SHARMIA
7-NGONGOM LILY
8-SABASALBI
9-IZAN MAMA MIA
10-MIAJIE
11-MASYI
12-LAYYINUL HARIR
13-ATHRHB
14-NICK NASHRAM


komen-komen yang diorang pernah tulis sedikit sebanyak memberi saya semangat untuk menulis.. xdelah rasa kesorangan je..hihi..

Ahad, 9 September 2012

Dapur Riuh Ibu nak buat Giveaway??

malam semua... huihhh... tengok tajuk tu macam geram jer.. betul ke  DRI nak buat GA??????? kalau buat confirm ramai yang tak tahu.. haha... nak buat macam mana, follower pon kurang dari 50 orang... maklumlah, saya tak pandai nak promote tau, huh!! that's my problem.


Niat nak buat tu memang ada, tersangat3x teringin nak buat..... kalau boleh hadiah tu nak buat dari hasil tangan saya sendiri.. contohnya, tudung bersulam manik ke...kek sebiji ke... huhu kenyang la mak oiiii... tapi kalau hadiah lain pon best gak kan...

so, sesape yang terasa nak komen dan bagi cadangan dialu-alukan.... InsyaAllah, nanti ada rezeki, DRI akan buat GA... Nak kena kumpul follower ramai2 dulu, baru seronok... hehehe...

ISTIMEWA

Assalamualaikum

hari ni adalah hari istimewa bagi saya sebenarnya... tapi belum buat apa2, ingatnya kejap lagi nak gi adun la kek sebiji untuk menyambutnya... alhamdulillah..Allah masih memberi peluang untuk menyambutnya... okey tinggalkan yang tu dulu... harini dah masuk hari ke 22 syawal kan... mesti ramai yang rancak buat rumah terbuka.. sana sini situ.. tempat kerja en suami pon ada nak buat sambutan hari raya, so diorang awal2 dah pesan nak mintak buatkan kek untuk sambutan tu nanti... bila nak buat pon xtahu lagi... kat sekolah anak pon ada sambutan hari raya, esok lak tu.. ingat nak buatkan juga kek untuk dibawa... nak buat kek apa pon tak tahu.. jenuh dah duk pikir ni... kek coklat lah kan, budak2 suka.. huhu... 

okey dah le tu membebel tak tentu pasal, banyak kerja lagi nak kena buat... nak kena 'berasapkan' oven... pastu 'berasapkan' dapur lak.. pukul 12 en suami balik makan... saya tinggalkan secebis ayat ini untuk renungan...



Maksudnya: ".....dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu". (QS. At Talaq: 2-3) 

Jumaat, 7 September 2012

DUIT POKET MUDAH DENGAN CHURPCHURP... DAFTAR SEKARANG

Salam ceria semua... haaaa.. harini nak cerita pasal Churpchurp tu... ada yang pernah dengar tak? mesti ramai yang dah dengar dan tahu kan.. kalau yang tak tahu lagi, mari daftar dan anda akan dapat ganjaran mudah dengannya... tanpa modal.. xpayah cerita panjang2, klik jer kat bawah ni...

.......klik sini untuk daftar........

dah tekan ke?? hehe..BAGUS!!!  selamat menerokai alam MEWAH churpchurp...

Khamis, 6 September 2012

CREAM PUFF & CUSTARD FILLING

hmmmm... sedapnya krimpuff dengan inti kastard... ni antara makanan kesukaan saya... tapi jarang bebenor nak membuatnya... malasss sikitttt..huhu.... kalau ada yang nak oder boleh call atau sms atau email ke nurulakmawatizahari@yahoo.com... untuk sebarang pertanyaan..


 tengoklah 'diorang tu' mungil2 jer...haha


setelah diletak inti kastard... sedapppp...

Rabu, 5 September 2012

LAGI 2 BIJI ODER..

semalam ada lagi 2 biji tempahan kek karamel... sesambil tu saya adun sebiji cotton soft japanese cheese cake untuk diorang cuba.. manalah tahu kot2 dah jemu kan dengan kek karamel pelangi tu.. hehe





 terima kasih pada cikgu-cikgu yang oder.. kalau ada sape2 yang duk area kampung sungai kayu ara, petaling jaya nak oder.. boleh jer.. call pon boleh, sms pon boleh... harga RM26 jer... murah sangat harga kek saya...

Ahad, 2 September 2012

PULUT KELAPA DAN IKAN MASIN

pagi tadi sempat lah  buat ni juga... pulut cecah kelapa dan ikan masin...my feveret okeyh.. sedap bangat.. haha.. sejak kecik lagi melantak benda ni tau.. mak saya kata, sekarang dah rm1 seketul pulut tu tau... mak aihhh... masa kecik2 dulu 20sen jer... huhu...





eh, ada yang nak resepi ke??? xpayahlah, tengok jer dalam pinggan tu mesti boleh buat... hehe

KOKTEL KASTARD...UMPHHH...

selamat tengahari... panasnya hari ni kan... apa boleh buat..huhu terima lah aje dengan pasrah... so, untuk menyejukkan tekak di kepanasan cuaca ni, pepagi lagi saya dah meriuh rendahkan diri di dapur..... saya buat koktel kastard... sedapnya di makan sejuk2... xhingat dunia...kuikui....




ha tu diaaaaa... gambar dah terpampan... agar-agar saya warna biru dan pink... kenapa la aku gi buat warna pink, xke pelik dah kejadiannya tu...hihi... xpelah, janji rasa dia memang sedap... masa raya haritu, saya buat satu periuk, licin adik2 saya makan dengan 'bertungkus lumusnya'... (nampak sangat adik2 aku ni kuat makan :-))


resepi : koktel kastard

untuk agar-agar

1paket agar2
4 cawan air
secubit garam
sedikit pewarna
6 sb gula (ikut suka)

-masak semua bahan hingga agar-agar hancur
-tapis dan masukkan ke dalam loyang
-warnakan dan biarkan keras

untuk kuah kastard

1 tin susu sejat
1 tin air
secubit garam
7sb gula
2sb tepung kastard (saya suka kuah pekat, saya letak 3sb)-bancuh dgn sdkit ait

-masak semua bahan kecuali kastard, hingga mendidih
-masukkan bancuhan tepung kastard pula
-biar mendidih sekejap, sejukkan dulu sebelum hidang...

cara hidang:
agar2 yang dipotong dadu
buah-buahan koktel dalam tin- buang airnya
-hidangkan dengan kuah kastard yang sudah di sejukkan dalam peti ais...

SELAMAT MENCUBA.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...