jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Isnin, 5 November 2012

Sup Ayam.. Pemanas Badan di Kala Hujan..

Semalam ada buat sup ayam ni.. kalau ikutkan bab2 sup ni en suamiku kurenggg sikit, maklumlah orang nogori, dah biasa dengan masak lomak.. ngeee, tapi sejak menjadi suamiku 7 tahun lebih dah ni, dia belajar la makan masakan pantai timur.. sekarang, budu pon dia bedal, ambik kau joyah... haha..



resepi sup senang je.. hehe

setengah ekor ayam -potong kecik2
1 bungkus sup bunjut adabi
1biji bawang merah besar
3ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2-3 biji ubi kentang
1 tomato saiz kecik
daun sup-hiris
bawang goreng
cili api- hiris halus

-tumbuk bawang merah, bawah putih dan rempah sup tu hingga lumat2 manja jer
-tumis hingga wangi, masuk halia dan lengkuas yg dah diketuk
-masuk sedikit air, garam, gula, tomato.. biar mendidih sekejap, masukkan ayam
-biarkan sehingga ayam tu dah meresap garam dan rempah dlm 15 minit
-tambah kan air untuk kuahnya, biarkan mendidih, masukkan ubi kentang
-biarkan hingga ayam empuk dan kuah kering sikit
-dah siap, tabur bawang goreng, daun sup dan cili api...



yang ni pulak roti bakar jer, sebab ada lebihan sambal sardin, ayu letak atas roti, picit mayonis dan bakar dalam 7-10minit... ya Allah sedapnyaaa, hehe (masuk bakul angkat sendiri, sebab orang lain memang tak larat nak angkat aku nih, huhu).. kesedapannya tu terbit dari rasa manis2 mayonis.. dah banayk kali buat sebenarnya, tapi semalam baru suamiku dapat merasa, 3 keping dia makan non-stop.. sedap katanya.. haiqal makan 2 keping, ibu dapat makan sekeping jer... huh sedihhhh..


4 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

nyum nyum.. sedap roti bakar tu.. sedap gak sejuk2 ni hirup sup ayam panas2.. perghhhh

maszull berkata...

assalamualaikum....sedapnya makan sejuk2 mcm ni pun bestkan...:)

Ayu berkata...

JsSSNaNi.. memang sedap roti tu, sblm ni duk citer kat hubby roti mcm ni sedap, dah banyak kali buat, tapi cam dia xpercaya.. sekali dia dapat merasa, mak oiii makan xhingat bini.. haha

Ayu berkata...

maszull.. a'a sedap mama, time sejuk2 hujan lani memang kena rajin masuk ke dapur masak makanan panas.. hihi.. makanan sejuk xberapa nak jalan dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...