jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Jumaat, 31 Ogos 2012

MI GORENG

Salam semua........ selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat MALAYSIA..... alhamdulillah, tahun ni kita masih lagi dapat menyambutnya dengan penuh keamanan dan bersatu.... harap begitulah hingga ke akhir dunia ni masih wujud....

hmmm...tengahari tadi saya cuma goreng mi jer, sebab suami xbalik makan.. ada hal yang agak penting.. mi goreng memang feberet kitorang terutama suami... tadi, xsangka petang tu dia balik, nampak lah mi goreng yang sikittt sangat tinggal dalam pinggan..minta nak lagi, saya kata dah habis.. muncung lah dia.. jadi nak sejukkan hati dia, saya goreng lagi sebungkus lepas maghrib tadi... dia balik kejap lagi senyum lebar lah tu. hehehe..




ada yang nak resepi ke??? ala, mesti semua pandailah goreng mi kan.. bukan susah pon... campak je apa yang ada kat peti ais tu, jadilah ia.. haha.. senang je cakap...


Resepi : mi goreng

sebungkus mi kuning
3 ulas bawang putih-diketuk dengan kulitnya sekali
1 biji bawang merah besar-hiris
1biji cili merah-hiris
3biji cili api-hiris
2 sb cili kering kisar
2sb sos cili
1sb sos tomato
7sb kicap manis-ikut kemanisan yang anda suka, boleh kurangkan/lebihkan
segenggam taugeh
fishball/fishcake/ayam/udang/daging/tauhu-goreng dulu
tomato dibelah 4
sedikit air
daun sup dan daun bawang untuk tabur

-tumis semua bahan hiris dan bawang putih hingga wangi
-masuk cili kisar, tumis garing
-masukkan segala sos dan kicap
-masuk air
-mendidih sikit, masuk je mi kuning dan taugeh
-masuk fishball atau lain2
-masuk tomato
-bila dah siap, tabur daun sup&daun bawang...

*kalau guna daging atau ayam kena tumiskan dengan bawang dulu.. nanti xempuk pulak..
*boleh masukkan sawi jika suka

2 ulasan:

Unknown berkata...

sedapnyeeee....!!

Ayu berkata...

huhu... memang sedap.. perasan lah pulak.. terima kasih datang komen lagi.. 6t datang lg yer.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...