jom klik iklan menarik..

MENERIMA TEMPAHAN KEK & KUIH MUIH AREA KG BULOH, JERTIH, KG ANAK IKAN,JABI, BUKIT PELONG, PAK KANCIL, BUKIT PEPARI, SAUJANA DLL (SETIU/BESUT)

CALL : 011 29414190(AYU)


TEMPAHAN MESTI DIBUAT AWAL SEKURANG2 NYA 3 HARI SEBELUM BAGI KEK SIMPLE ..



^klik sini utk lihat album kek





Ahad, 25 November 2012

Dah bertukar ke Tempahan Kek & Kuih Setiu..

::: Tempahan untuk semua area Selangor ditutup bermula hari ini.. sebab nak kemas rumah, packing barang2 baking ku.. banyak lagi... page ni, facebook ku, blog, twitter semua kena tukar nama.. paling awal, 1/12/2012 akan mula ambil tempahan di Setiu/ besut.. untuk tempahan durian crepe, kek, kuih, pavlova, cistat, apam dll boleh mesej ke 019-2993334 (area kg buloh, jertih, bukit pelong, kg anak ikan, kg bari dll).. terima kasih banyak2 pada semua kastemer ku di sekitar Selangor... minta halal apa yg terkurang.. smileeee :-)






Sabtu, 24 November 2012

Tempahan Kek & Durian Crepe Lagi..

Salam semua.. sejuknya pagi ni kan, Alhamdulillah setelah beberapa hari panas je, start tengahari semalam hujan belum reda lagi.. sejuk, sejuk, sejuk... :-)..



 tempahan kek karamel dari Kak Ani from Subang Bestari


 1 biji Kak Ani minta hiaskan dengan buah dalam tin..


repeat oder dari kastemer ku, juga dari kastemer baru..


tempahan durian crepe masih lagi dibuka, untuk tempahan call Ayu di 019-2993334 untuk area kampung sungai kayu ara, damansara jaya, damansara utama, taman megah, subang bestari dll.. rumah ayu berdekatan dengan Pantai Seafood je...


Rabu, 21 November 2012

Tempahan Durian Crepe

Selamat pagi... di pagi yang indah ni, mailah kita menatap gambar durian crepe.. hehe.. sedapnyaaa.. sape nak oder call Ayu, 019-2993334..



tempahan dari my kastemer.. semua kastemer yang tak pernah berjumpa.. semua pening cari alamat rumah saya.. huhu.. seeloknya google dulu alamat saya, senang sikit cari.. hihi..


thanks you all.. nanti oder lagi


yang ni model sesat dan menyebok suruh snap disamping durian crepe for mak sedara, pak sedara, abah dan atuk.. diorang tak cukup lak.. kena buat lagi ler harini gayanya..


pucatla pulak warnanya kat sini. tak kena lighting elok2.. warna sebenarnya kuning sikit..


besarkan my crepe?? buka mulut besar2 baru leh ngap..





Ahad, 18 November 2012

Tempahan Durian Crepe Kg Sg Kayu Ara, PJ..

aSSalAmuALaiKum... lamanya xupdate blog.. mood ku di bawa nun jauh ke sana.. huhu..
sekarang ni musim durian crepe lak kan.. sedapnya.. dah rasa?? disebabkan ada yg tak makan durian , so dipelbagaikan la pulak.. ada manggo crepe dan cempedak crepe.. tepuk dada tanya perut.. hehe..




sape yang nak oder untuk area kampung sungai kayu ara, petaling jaya... boleh call ayu 019-2993334.. atau pergi ke my page Tempahan Kek Kuih Kg Sg Kayu Ara






Isnin, 12 November 2012

Durian Crepe Pertamaku..

Tengahari tadi tuan rumah sewa Ayu bagi durian sebiji.. durian xbesar sangat, tapi isinya boleh tahan la sebab bijinya kecik jer.. awal2 lagi anak Ayu mintak bukakan kulitnya nak makan.. dia memang hantu durian.. huhu.. bila dah kul 4 tadi ayu tengok ada sikit lagi, terus ku penuhkan hajat perut yang dah lama meroyan nak makan durian crepe ni... hahaha... kebetulan fresh cream balance wat kek snow cis ada sikit..


 mesti ramai yang dah merasa durian crepe ni kan..

 yang kecik sikit tu sebab terrrrkurang letak fresh cream, maka pendeklah ia.. huhu




Selamat Menjamu Mata.. hihih...


sweetie cheese cake / snow cheese cake..

semalam buat kek ni, untuk makan sendiri aje.. lama dah teringin nak makan tapi cis ketul ni payah nak jumpanya.. ni pon kebetulan terjumpa kat tesco.. dan sepatutnya disaluti dengan cheese frosting, dah xde stok kat dlm esbok tu, ku sapu je dengan fresh cream.. sedap jugak.. makan sejuk2.. hmm..




 halus je parutan cisnya, beli pemarut kat Tesco ajo..



 bahagian tengah pon disapu frosting dan ditabur cis parut..

nilah rupa cis ketulnya, jenama ni elok sebab teksturnya kenyal dan senang di parut.. harganya rm15 lebih.. yang lebih dah lupa berapa. hehe..




Khamis, 8 November 2012

SEGMEN : FOLLOW SAMPAI PENING

Dikala hujan renyai2, disusuri angin sejuk menggigit2 lemak ku untuk terjah ke dalam tulangku yang jauh nun di sana, ku join lagi satu segmen.. hahaha, jiwang berkarat.. dah lamaaa xjoin segmen atau giveaway okey.. klik banner kat bawah untuk join segmen Nurul Aini ni..


follower ayu lani : 152 gorjes n hensem setia.. :-)



Sambal Bilis Kering..

hmmm sedapnya.. sambal bilis kering ni jarang2 je buat sebab nak kena ambik masa sikit.. kena kering kan cilinya dengan api perlahan, cam nak wat serunding tu.. masa belum ada baby Qalisha tu, rajin la jugak buat, sekarang malas sikitttttt.. haha (cakap jelah malas kan senangg)




Resepi : sambal bilis kering

1 mangkuk ikan bilis halus/ jenis belah (goreng garing, ketepikan)
1/2 mangkuk cili kering kisar (boleh kurangkan atau lebihkan, tp jgn lebih sangat.)
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
gula & garam secukupnya

- tumbuk halus / blend bawang merah dan bawang putih
- tumiskan hingga wangi
-masuk cili kisar, tumis hingga garing
-masuk gula, garam
-biar cili agak2 kering baru masukkan ikan bilis
-kecilkan sikit api, kacaulah hingga agak2 kering ..

**boleh tahan agak lama walau xsimpan dalam peti..



Selasa, 6 November 2012

PAVLOVA OH PAVLOVA..

Pepagi lagi aku dah masuk dapur duk membaking pavlova.. ku buat 1 layer, pastu balance tu ku buat yang saiz kiut-miut (macam diriku.. tipuu).. dah siap jer bakar bahagian keknya, sejukkan sekejap, terus hias ngan fresh cream, pastu tabur buah-buahan.. dah siap tu takkan nak tengok jer kan. terus ngap!!! oh nyaman nya, keindahan dan lirikan matamu, membuatku ingin mendampingimu selalu, oh pavlova... muahahahaha... layan gambar..




versi comel.. mini saiz..




normal saiz... 1 layer..

Isnin, 5 November 2012

Sup Ayam.. Pemanas Badan di Kala Hujan..

Semalam ada buat sup ayam ni.. kalau ikutkan bab2 sup ni en suamiku kurenggg sikit, maklumlah orang nogori, dah biasa dengan masak lomak.. ngeee, tapi sejak menjadi suamiku 7 tahun lebih dah ni, dia belajar la makan masakan pantai timur.. sekarang, budu pon dia bedal, ambik kau joyah... haha..



resepi sup senang je.. hehe

setengah ekor ayam -potong kecik2
1 bungkus sup bunjut adabi
1biji bawang merah besar
3ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2-3 biji ubi kentang
1 tomato saiz kecik
daun sup-hiris
bawang goreng
cili api- hiris halus

-tumbuk bawang merah, bawah putih dan rempah sup tu hingga lumat2 manja jer
-tumis hingga wangi, masuk halia dan lengkuas yg dah diketuk
-masuk sedikit air, garam, gula, tomato.. biar mendidih sekejap, masukkan ayam
-biarkan sehingga ayam tu dah meresap garam dan rempah dlm 15 minit
-tambah kan air untuk kuahnya, biarkan mendidih, masukkan ubi kentang
-biarkan hingga ayam empuk dan kuah kering sikit
-dah siap, tabur bawang goreng, daun sup dan cili api...



yang ni pulak roti bakar jer, sebab ada lebihan sambal sardin, ayu letak atas roti, picit mayonis dan bakar dalam 7-10minit... ya Allah sedapnyaaa, hehe (masuk bakul angkat sendiri, sebab orang lain memang tak larat nak angkat aku nih, huhu).. kesedapannya tu terbit dari rasa manis2 mayonis.. dah banayk kali buat sebenarnya, tapi semalam baru suamiku dapat merasa, 3 keping dia makan non-stop.. sedap katanya.. haiqal makan 2 keping, ibu dapat makan sekeping jer... huh sedihhhh..


Ahad, 4 November 2012

Cotton ciskek + fresh cream

sekejap je pejam celik, dah pon malam.. tadi hujan pagi2 lagi kan.. hmm ni Ayu masukkan kek cotton cheese.. resepi dah ada dlm entry2 yg lepas.. taip jer 'cotton soft japanese cheese cake'.. kalau xnak buat, oder je ngan Ayu.. heeeeeee..





Sabtu, 3 November 2012

Sape Tahu Soalan Temuduga Guru Kafa?? pleaseee..

Assalamulaikum.. wah sopannya harini, mentang-mentanglah dah isi borang guru Kafa.. aduh, pening jugak nih.. dah lama tinggalkan dunia sekolah, tersumbat dah urat saraf nak menghafal.. hehe.. waduh, ni Ayu nak mintak tolong sikit, ada tak kawan2 yang terjerumus menjadi guru Kafa?? hihi.. Ayu nak tahu soalan apa yang diorang tanya time interview nanti..

pleaseeeeeee tolong daku yer kawan2... huhu..

Jumaat, 2 November 2012

Ibu, abang tak nak menari!!!

Balik jer sekolah isnin baru2 ni, terus haiqal (anak sulongku) membebel cakap cikgu suruh menari... dia cakap tak nak lah ibu, malu.. uishhh, garu kepala jugak ibu di buatnya.. takkan nak call cikgu, pastu cakap "cikgu, jangan bagi anak saya menari, dia malu".. hehe.. tak logikkan? kita hantar anak ke sekolah nak membina keyakinan dia.. bila Ayu tanya haiqal macam mana cara cikgu suruh menari tu, dia pon tunjuklah.. lenggok kiri, lenggok kanan, pastu tunduk ke depan, macam boria tu.. (hihi, gelihati pulak menengoknya)...
hmmm, buat je lah bang, mungkin untuk persembahan masa penyampaian hadiah akhir tahun nanti le tu...




gambar ni masa konvokesyen prasekolah untuk daerah Petaling Utama.. berlansung di SJKC YUK CHAI kat Taman Megah, pj...rabu baru2 ni.. sian haiqal gi dengan abah jer.. ibu dan adik tak dapat pergi... dah pesan kat abahnya, tangkap gambar tu banyak2, tengok2 sekeping jer.. huh geram dibuatnya.. abah pemalu sangat.. huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...